Monday, 1 April 2013

Kem Semut.

Best gila kot! Sempoi~ 


Hari jumaat, pukul 5.30 petang semua peserta seramai 150 orang berkumpul di depo bas. Pengedaran baju program dan pendaftaran ringkas diadakan sebelum bertolak. Kami bertolak lebih kurang pukul 6.00 petang tanpa megetahui destinasi. Perjalanan mengambil masa sejam, dari highway bertukar ke jalan biasa.. semakin lama semakin dalam. Bangunan2 dan kawasan perumahan bertukar menjadi pohon2 hijau yang menenangkan.

Terhentinya bas dan terjejak saja kaki di tanah, pandangan terpukau dan terpesona dengan suasana indah Sedim Vista yang dikelilingi hutan dan Sungai Sedim. Para peserta dibenarkan untuk berehat sebentar, makan dan solat maghrib secara berjemaah di dewan serbaguna. Pengisian kerohanian juga diberikan oleh Saudara Azzam sementara masuk waktu solat Isyak. Kemudian, sesi Ice Breaking diadakan oleh Encik Saiful untuk merapatkan hubungan sesama peserta. Ia dikelolakan oleh Encik Saiful.

Keesokan harinya kami bangun pukul 4.30 pagi, untuk main War Games! Lelaki dan perempuan dibahagikan kepada beberapa kumpulan di mana setiap kumpulan dikehendaki mempertahankan panji negara dengan bantuan fasi, hanya dengan menggunakan peluru air iaitu belon yang diamanahkan. Selepas War Games yang menyegarkan fikiran berakhir, kami semua solat Subuh berjemaah bersama-sama dan mendengar taklimat sukan yang disampaikan oleh Encik Wafi.

Pada pukul 9.00 pagi, bermulalah aktiviti Explorace yang dinanti-nantikan oleh semua. Aktiviti dimulakan dengan Nujum Pak Belalang di checkpoint pertama dan diteruskan dengan checkpoint yang lain seperti Kewajipanku sebagai Seorang Muslim, Cinta itu Buta, Cross Word Puzzle, Cintaku kepada Dia, Aku Kini Lebih Mengenali, Halalkah Ia?, Keluarga Bahagia, Apa yang Anda Faham dan Si Buta Mencari Petunjuk. Namun, Explorace ditangguh sebentar untuk makan tengahari dan solat Zohor. 

Seusai solat, Explorace diteruskan lagi dengan berbaki 3 tugasan. Selepas menghabiskan Explorace, semua pun bersolat Asar dan bermandi-manda serta berjimba di sungai sehingga puas. Waktu malam pula diteruskan dengan slot Bersama Imam Muda Hasan dengan bertopikkan Ihsan.
Keesokan harinya, slot Wuduk 500ml dan Arah Kiblat diadakan dan juga diberikan oleh Imam Muda. Selepas Imam Muda pulang, program diteruskan dengan penyampaian hadiah dan penggulungan program oleh ketua program, Saudara Fatin sebelum berkemas dan bertolak pulang ke UiTM Pulau Pinang pada pukul 3.00 petang.

p/s: Terima kasih di atas penglibatan dan komitmen semua peserta yang sangat2 sporting. Korang memang best!