Best gila kot! Sempoi~
Terhentinya bas dan terjejak saja kaki di tanah, pandangan terpukau dan terpesona dengan suasana indah Sedim Vista yang dikelilingi hutan dan Sungai Sedim. Para peserta
dibenarkan untuk berehat sebentar, makan dan solat maghrib secara berjemaah di dewan serbaguna. Pengisian kerohanian juga diberikan oleh Saudara Azzam
sementara masuk waktu solat Isyak. Kemudian, sesi Ice Breaking diadakan oleh Encik Saiful untuk merapatkan hubungan sesama peserta. Ia dikelolakan oleh Encik Saiful.
Keesokan harinya kami bangun pukul 4.30 pagi, untuk main War Games! Lelaki dan perempuan dibahagikan kepada beberapa kumpulan di mana setiap kumpulan dikehendaki mempertahankan panji negara dengan bantuan fasi, hanya dengan menggunakan peluru air iaitu belon yang diamanahkan. Selepas War Games yang menyegarkan fikiran berakhir, kami semua solat Subuh berjemaah bersama-sama dan mendengar taklimat sukan yang disampaikan oleh Encik Wafi.
Pada pukul 9.00 pagi, bermulalah aktiviti Explorace yang dinanti-nantikan oleh semua. Aktiviti dimulakan dengan Nujum Pak Belalang di checkpoint pertama dan diteruskan dengan checkpoint yang lain seperti Kewajipanku sebagai Seorang Muslim, Cinta itu Buta, Cross Word Puzzle, Cintaku kepada Dia, Aku Kini Lebih Mengenali, Halalkah Ia?, Keluarga Bahagia, Apa yang Anda Faham dan Si Buta Mencari Petunjuk. Namun, Explorace ditangguh sebentar untuk makan tengahari dan solat Zohor.
Seusai solat, Explorace diteruskan lagi dengan berbaki 3 tugasan. Selepas menghabiskan Explorace, semua pun bersolat Asar dan bermandi-manda serta berjimba di sungai sehingga puas. Waktu malam pula diteruskan dengan slot Bersama Imam Muda Hasan dengan bertopikkan Ihsan.
Keesokan harinya, slot Wuduk 500ml dan Arah Kiblat diadakan dan juga diberikan oleh Imam Muda. Selepas Imam Muda pulang, program diteruskan dengan penyampaian hadiah dan penggulungan
program oleh ketua program, Saudara Fatin sebelum berkemas dan bertolak pulang ke UiTM Pulau Pinang pada pukul 3.00 petang.
p/s: Terima kasih di atas penglibatan dan komitmen semua peserta yang sangat2 sporting. Korang memang best!
No comments:
Post a Comment